Saturday, October 3, 2009

Pakatan Rakyat lawan BN di Bagan Pinang

TELOK KEMANG, 3 Okt: Pernamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang berjalan lancar dengan calon Pakatan Rakyat dan calon Barisan Nasional mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

.

Walaupun calon bebas dikatakan akan menyertainya namun borang pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

.

Pakatan mencalonkan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar manakala BN mencalonkan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon.

.

SPR telah memaklumkan, kertas pencalonan calon bebas yang merupakan AJK Bahagian PKR di situ ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi kawasan itu.

.

Sehingga tempoh bantahan tamat, hanya dua borang pencalonan sahaja yang dipamerkan iaitu borang dari calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

.

Image(Gambar:Perarakan calon Pakatan yang dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

.

Pernamaan calon diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

.

Segelintir Pemuda Umno yang sudah sampai di gigi bukit yang menempatkan pejabat MPPD memulakan perang mulut dengan segelintir penyokong Pakatan yang masih belum bergerak menuju ke dewan penamaan itu.

.

Mereka juga melaungkan 'hidup Isa', 'Isa pembela rakyat', 'Pertahankan hak Melayu, Kembalikan Isa ke Negeri Sembilan'.

.

Di pihak Pakatan Pula, kedengaran laungan 'rasuah...rasuah...', 'reformasi' sebagai respon balas balas kepada sorakan Umno BN.

Image(Gambar: Hanya borang calon PAS dan BN sahaja yang dipamerkan)

.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon manakala Tan Sri Muhyidin Yasin mengiringi calon BN. -Harakahdaily.net

.

Satira Nasional: Pertarungan sebenar dah bermula. Siapa yang bijak dalam mengambil hati pengundi, memanipulasi isu dan menjelaskan sepenuhnya kepada pengundi akan berpeluang untuk menang.

.

BN memang dah tahu akan merasuah pengundi dengan projek mee segera, cerita kartun keluar tv ngan penyokong PR masuk BN. Apa pun, buat semua petugas PR, selamat berkempen!

No comments:

Post a Comment