Tuesday, September 29, 2009

PAS calonkan Zulkefly

..
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
.
Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.
.
Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.
.
Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.
.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
.
Satira Nasional : Perang dah start. Masa yang paling sesuai untuk tunjukkan pengaruh, laksanakan strategi sebaiknya dan Insyaallah kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

PROTES PENTERNAK



Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.
..
Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu.
.
Satiran Nasional - Agaknya apa pulak sandiwara UMNO lepas ni. Tak abih-abih nak tunjukkan ke'dunguannya' sampai lembu yang tak berdosa pun dimanipulasi. Silap-silap ari bulan Green Peace pulak marah sebab paksa lembu buat demo!

Sunday, September 27, 2009

SELCAT, isu jadian yang memualkan

Baru-baru ini kita terpaksa menangani “krisis jadian” sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui Selcat, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan.
.
Mereka dikatakan telah “dibuli”, “diperbudak-budakkan” dan “dihina” semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.
.
Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Datuk Dr. Hasan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.
.
Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa Selcat merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi.
.
Saya difahamkan bahawa sudah pun dibuat teguran-teguran kepada pihak yang berwajib bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang telah pun dikenalpasti. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.
.
Yang menjadi masalah ialah apabila Datuk Dr Hasan membuat pendedahan dan kritikan berhubung persoalan ini kepada pihak media arus perdana. Diambil olehnya posisi sebagai pengkritik dan pembangkang, mengkritik kerajaan PR, sedangkan beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ahli exco yang sedang bersama berusaha untuk mengasaskan budaya ketelusan, pertanggungjawaban dan keamanahan yang hampir tidak wujud semasa zaman BN dahulu. Diluah pula apa yang tidak dipersetujuinya kepada akhbar arus perdana yang dikenali semua sebagai alat pihak lawan.
.
Semestinya apabila diserang sebegitu, oleh orang yang dianggap rakan, ramai dari Adun PR yang terperanjat. Lebih-lebih lagi apabila teguran-teguran yang sama telah pun dibincang bersama secara tertutup dan telah juga diambil kira. Tindakan beliau dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan diri sebagai pembela pegawai-pegawai ini, sambil dalam masa yang sama Selcat pula digambarkan sebagai pihak yang menzalimi mereka!
.
Bagi saya, yang “membuli”, “memperbudak-budakkan” dan “menghina” pegawai-pegawai kerajaan gred atasan ini ialah pentadbiran BN dahulu. Ini mereka lakukan apabila mereka mengarah pegawai-pegawai atasan ini supaya membenarkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dihabiskan dalam tempoh 2 bulan sedangkan ianya peruntukan untuk setahun!
.
Mereka dipaksa mengenepikan peraturan-peraturan tetap dan dalam pada itu diugut dengan tindakan tata-tertib sekiranya tidak akur. Ini “buli” dan ini “memperbudakkan”. Sebaliknya, tindakan kerajaan PR ingin mendidik dan memartabatkan jawatan pegawai-pegawai kanan ini dengan menjelaskan kepada mereka amanah dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang penting sebegitu.


Hasil tindakan mengkritik Selcat secara terbuka oleh Datuk Dr Hasan, dan ini bukan merupakan kali pertama tindakan sebegini dilakukannya, telah pun menjejaskan imej PR dan PAS.

PR kelihatan sebagai sebuah kerjasama dan gabungan yang rapuh, lemah dan tidak kukuh. Ia dilihat sentiasa bertelagah satu sama lain walaupun telah bersama selama lebih dari setahun. Imej lemah sebegini memang diusahakan oleh BN dan dengan tindakannya itu, beliau telah pun secara tidak langsung membantu BN dalam usaha mereka untuk memperlekehkan PR. Segala usaha PR untuk menzahirkan imej bersatu, kukuh dan padu digagalkannya dengan tindakan sebegini.
.
PAS pula dilihat sebagai parti yang bersifat “talam dua muka”atau “gunting dalam lipatan”. Duduk bersama Exco membincang segala pendekatan tetapi menempelak kerajaan PR pada setiap peluang yang diperolehinya. Dalam bahasa Inggeris ada istilah “one-up manship” yang bermakna usaha untuk menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan nama “kawan”. Orang yang sebegini tidak ada yang ingin jadikan sebagai kawan. Dia sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej kawan demi menaikkan imej sendiri. Golongan ini dijadikan kawan hanya apabila tiada pilihan lain atau terpaksa.
.
Sepatutnya sebagai Parti Islam, PAS adalah parti yang ingin disepakati oleh semua kerana jujurnya, amanahnya, setianya, lurusnya dan telusnya. Parti Islam tidak akan khianat kerana sentiasa boleh diharapkan dan dipercayai. Berpegang kepada janjinya dan bukan jenis cakap lain, buat lain. Malangnya buat masa ini di Selangor, PAS tidak mempunyai imej yang sebegitu. Apabila disebut sahaja “lompat” di Selangor, semua melihat pada PAS. Ini adalah hasil dari tindakan-tindakan “one-up manship” yang telah berlaku selama ini.
.
PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri yang dirahsiakan dan tidak dikongsi bersama dengan rakan Pakatan. Ini menimbulkan syak wasangka dan boleh menggagalkan PR. Kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah yang dikeluarkan selepas ditegur hanya menimbulkan kesangsiaan. Sekejap dikatakan hakim pencen, sekejap tidak. Sekejap dikatakan ingin mengkaji semula kedudukan dengan PR, sekejap tidak! Keliru lagi mengelirukan!
.
Saya tidak faham, apakah sukar sangat untuk kita berpakat dan berkerjasama secara jujur dan ikhlas?

Bukankah kejujuran dan keikhlasan itu dituntut oleh Islam?

Adakah kerana kita merasakan kita Parti Islam dan yang lain tidak, maka kita tidak perlu berlaku jujur dalam kerjasama kita bersama mereka? Adakah kita sudah begitu sesat dengan fahaman Yahudi Zionis sehingga menganggap setia kepada janji dengan bukan Islam adalah satu kesalahan? Akan hilang atau tidak wala” lagi pada kepimpinan Islam kerana menjadi wala” kepada pemimpin lain? (Bagi yang tidak tahu, wala” maksudnya kesetiaan).

.
Sekiranya itulah fahaman yang hendak dibawa, maka akan hancurlah PAS. Bukan kerana kekuatan lawan tetapi kesesatan diri sendiri. PAS sebagai parti Islam mestilah jujur dengan kerjasamanya dengan pihak lain dan atas kejujuran itu akan terbina satu kekuatan yang jitu. Kekuatan kejujuran dan keikhlasan perjuangan Islam inilah yang akan menyebab semua datang berteduh di bawah naungannya. Inilah kaedah yang sebenarnya, bukan melalui pengkhianatan, kelicikan dan kepura-puraan. — khalidsamad.com

Saturday, September 26, 2009

PAS tiada niat tinggalkan Pakatan: NP

PAS tidak bercadang meninggalkan Pakatan Rakyat seperti dilaporkan hari ini susulan perselisihan terbuka antara pemimpin parti itu dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Selangor.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan tiga parti pembangkang utama itu di semua peringkat, lapor media rasmi parti Harakahdaily.net.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," ahli parlimen itu dipetik berkata hari ini.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar."

Beberapa akhbar hari ini melaporkan kesediaan PAS Selangor menimbangkan kedudukannya dalam kerajaan negeri itu ketika memetik kenyataan setiausaha perhubungannya Mohd Khairuddin Othman semalam.

"Sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang mencadangkan agar PAS mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, PAS Selangor bersedia mengkaji kenyataan tersebut secara terperinci," katanya.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat mengadakan siasatan tertutup sewaktu mengambil keterangan pegawai kerajaan berhubung pengagihan peruntukan DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Cadangan itu dibantah DAP dan tindakan Dr Hasan mengkritik jawatankuasa khas DUN Selangor itu secara terbuka juga dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan.
.
Satira Nasional - Ribut dalam secawan kopi

Friday, September 25, 2009

Worst is over: Zeti

Malaysia's domestic demand is showing clear signs of recovery prompted by the fiscal stimulus and an accommodative monetary policy, Bank Negara Malaysia (BNM) Governor Zeti Akhtar Aziz said today.

"We have seen the worst and there is now across the board improvement but the external sector has to show a more significant improvement in terms of external demand. -Malaysiakini

I am God, said Pharaoh




The more than 26 million Malaysians are paying the 798 Malaysians, employed as servants of the people during the elections, to do a job. Their job and the salary that comes with it comes from the people. The people are digging into their pockets to pay these 798 elected Malaysians their salaries.

.

I am God, said the Pharaoh.

You are not God, replied Moses.

And why do you say I not God? asked the Pharaoh.

Because God can give life and God can take life, was Moses’s reply.

Okay, I now sentence you to death, said the Pharaoh.

.

But before the palace guards could drag Moses away and cut off his head, the Pharaoh added, and now I withdraw the death sentence. So you see, said the Pharaoh, I have just taken your life and then I gave you back your life. So, since I can give life and I can take life, that means I am God.

.

Barisan Nasional is the ruling party, says Umno. Barisan Nasional brings development to the people. Barisan Nasional builds roads, schools, hospitals and whatnot. So the people must be grateful to Barisan Nasional. And, to demonstrate this gratitude, the people must vote for Barisan Nasional.

.

Barisan Nasional is just like the Pharaoh. The Pharaoh used warped logic. Barisan Nasional also uses warped logic. So Barisan Nasional has the same mind as the Pharaoh. And all those people beholden to Barisan Nasional for whatever reason, the Rulers included, who also argue that the people must support Barisan Nasional because of the development that Barisan Nasional brings, also have the mind of the Pharaoh.

.

Barisan Nasional does not bring development to the people, just like the Pharaoh was not able to give life. It is the people who bring development to the people. And the people bring development by paying taxes and by voting in a government to manage their tax money.

.

If the people refuse to pay taxes and if the people refuse to vote Barisan Nasional into office then not only will Barisan Nasional not have any money to develop the county but Barisan Nasional will also not have the power to develop the country, even if it had the money, because only the government in office can develop the country, assuming, in the first place, the people give them the money to be able to do so.

.

The system works like this. The people give the government money. Then the people go to the polling station to give the mandate to 222 Malaysians at federal level and another 576 Malaysians at state level to manage the people’s money. That is a total of 798 Malaysians out of more than 26 million Malaysians being given the mandate to manage the people’s money.

.

So these 798 Malaysians have to be grateful to the more than 26 million Malaysians. The more than 26 million Malaysians do not have to be grateful to the 798 Malaysians elected into office.

.

The more than 26 million Malaysians are paying the 798 Malaysians, employed as servants of the people during the elections, to do a job. Their job and the salary that comes with it comes from the people. The people are digging into their pockets to pay these 798 elected Malaysians their salaries.

.

The more than 26 million Malaysians are also paying for the development of the country. The more than 26 million Malaysians pay taxes to the government, which the government then uses to build roads, schools, hospitals and whatnot.

.

Every year, around November, the government presents its budget in Parliament for the approval of 222 elected Malaysians. These 222 elected Malaysians will have to look at the budget and on behalf of more than 26 million Malaysians tell Parliament whether this is what the people who paid that money really want. If it is not what the more than 26 million Malaysians want then the budget has to be rejected and redone to the people’s satisfaction.

.

If the 222 elected Malaysians do not look carefully into the budget and into how the people’s money is being spent then the more than 26 Malaysians will have to sack these 222 elected Malaysians. And this will be done during the elections every five years when the 798 elected Malaysians at federal and state levels have to go back to the people and beg the more than 26 million Malaysians to employ them for another five years with a salary attached.

.

That is how the system works. And let no one, even if he may be the Ruler of the land, tell you otherwise. The Pharaoh also tried to be funny. He thought he was God. And the Pharaoh was a most powerful man indeed who was matched by no one, not even the greatest dictator in history. But God smite the Pharaoh down. And the more than 26 million Malaysians are not Gods but they too have the power to smite down the 798 elected Malaysians who have the mind of the Pharaoh and expect us to be grateful to them for doing the job they are being paid to do and using our money to do it on top of that.

.

The Sultans had better be very careful. They are not as powerful as the Pharaoh. Heck, they are not even as powerful as the 798 elected Malaysians whom the people voted into office. The people do not want to show gratitude to Barisan Nasional. The people do not need to show gratitude to Barisan Nasional. Barisan Nasional should instead be grateful to the people. Heck, even the Sultans should be grateful to the people. Without the people’s money they would be eating sand (makan pasir, the Malays would say). And the day the people stop paying their taxes and stop voting for Barisan Nasional will be the day that those who think they are in power will realise that the people are more powerful, more powerful than even the Pharaoh and all those Malaysians who have the mind of the Pharaoh.

.

P.S. To Muslims, being called the Pharaoh is the greatest insult. So I urge Malaysia Today’s readers to NOT call our elected leaders, and unelected leaders like the Sultans, Pharaoh. They would get extremely upset.

Thursday, September 24, 2009

Cartoonkini 2

Wednesday, September 23, 2009

Apakah dia politik

Agama dan politik – 7 ( inti daripada buku ‘ad din wa as siasah’ oleh Al Qaradhawi )
.

Siasah di sisi cendekiawan barat

Kita akan sempurnakan perbincangan ini dengan turut membincangkan walaupun sedikit mengenai maksud politik di sisi cendekiawan barat yang sedang menguasai dunia kini, khususnya di era hegemoni Amerika yang juga semacam memaksakan ilmu dan tamadun mereka untuk dianuti oleh seluruh dunia.

.

Kita tidak boleh mengabaikannya sekalipun kita menolak politik penjajahan dan tamadun penjajahan mereka. Kita beriman dengan kepelbagaian bangsa, ilmu, bahasa, ugama dan politik.

.

Mahu atau tidak, kita terpaksa akur bahawa sebahagian besar pertubuhan, majlis dan muassasah ilmiah dan pemikiran kita masih terkesan dengan barat sebagai rujukan. Kita banyak mengambil daripada mereka dalam kajian kita tentang sosial, kemanusiaan terutamanya dalam kajian politik.

.

Kita tumpukan kepada pentakrifan politik di sisi mereka.

.

Sebenarnya takrif politik di sisi barat saling berbeza berdasarkan haluan dan sudut pandang masing – masing.

.

Politik di sisi golongan liberal tak sama dengan lawannya. Politik di sisi kapitalis yang menjulang hak individu tak sama dengan golongan sosialis yang menumpu kepada hak – hak masyarakat. Begitulah perbezaan yang dilihat di kalangan golongan komunis, ekonomi bebas dan selainnya.

.

Juga perbezaan yang dapat dilihat di antara golongan ugama yang jumud yang menganggap usaha menolak penyakit dan wabak sebagai menolak takdir tuhan dan golongan perubatan yang menyeru kepada pembaikan kesihatan awam. Malah kumpulan yang masih berpegang dengan kemuliaan akhlak dan ugama yang menentang kebebasan mutlak dan menolak penularan gelaja seks bebas tentunya cukup berbeza pentakrifan mereka mengenai politik dengan golongan yang menghalalkan segala – galanya demi melampiaskan kehendak nafsu buas manusia sehingga menerima perkahwihan sejenis dan pergaulan bebas yang di tolak oleh seluruh ugama.

.

Kami sebutkan di sini beberapa contoh:

.

1- Hans Murghantao (?) berkata: Politik adalah perbalahan demi merebut kekuatan dan kuasa.

.

2- Harold Laswil (?) berkata: Politik adalah kekuasaan dan penguasaan yang menentukan; Siapa menguasai apa? Bila? Dan bagaimana?

.

3- William Robson (?) berkata: Sesungguhnya ilmu siasah berteras kepada pengajian terhadap kekuasaan ke atas masyarakat, pengajian asas – asasnya, amalan praktiknya, tujuan dan natijahnya.

.

Semua takrif di atas berkisar mengenai kuasa dan kekuatan.

.

Jan Bari Dankan (?) mengupas dengan panjang lebar persoalan ‘apakah politik?’ dalam bukunya ‘Ilmu Politik’. Katanya, Penggunaan kalimah politik terbahagi dua iaitu penggunaan secara nau’ieyah dan bukan nau’ieyah ( tertentu dan bukan tertentu ). Bukan khas bermaksud penggunaan kalimah politik yang mudah ditukar dengan kalimah yang seerti dengannya. Contohnya:

.

1- Penggunaan kalimah politik dalam erti mengurus seperti politik (pengurusan) pengangkutan dan politik ( pengurusan) tenaga.

.

2- Penggunaan kalimah politik dalam erti strategi seperti politik (strategi) parti dan politik ( strategi ) kerajaan.

.

3- Penggunaan kalimah politik yang bermaksud penghinaan seperti berfikir secara yang kotor yang membawa kebencian. Ini biasanya dituju kepada seseorang untuk tujuan mencela perbuataannya seperti kata – kata ” Ini politiknya lah.”

.

.

Inilah yang saya faham daripada Al Imam Muhammad Abduh di mana beliau dikatakan pernah berkata ” Saya berlindung dengan Allah daripada politik.” Tetapi saya kurang cerap tentang kesahihan kata – kata ini daripadanya.

.

Dankan menyatakan bahawa penggunaan kalimah politik secara nau’ieyah pula hendaklah dibezakan antara politik dan perkara – perkara lain yang bercampur baur dengannya yang membawa erti yang berbeza seperti teknokrat, politik dan ekonomi dan politik dan akhlak.

.

Apapun, kalimah politik yang digunakan oleh barat adalah berkisar pada dua tujuan yang asas: Pertama, kekuatan dan penguasaan. Kedua, Kepentingan dan manfaat.

.

Pada pandangan Islam, tiada tegahan pada menuntut kekuatan tetapi hendaklah ia menjadi alat untuk mendukung kebenaran (al haq). Kekuatan bukan sebagai matlamat. Umat Islam selama – lamanya hendaklah bersama kekuatan kebenaran, bukan kebenaran kekuatan. Kekuatan apabila terpisah daripada kebenaran akan menjadi bahaya yang menggugat golongan yang lemah yang tiada upaya dan daya sebagaimana Allah Ta’ala menggambarkan kejahatan kaum ’Aad dalam surah Fussilat:15 yang bermaksud:

.

” Adapun ‘Aad, mereka telah berlaku takabbur di muka bumi tanpa kebenaran. Mereka berkata, siapakah yang lebih kuat daripada kami? Tidakkah mereka lihat bahawa Allah yang menciptakan mereka itu lebih kuat daripada mereka? Dan mereka terus menentang ayat -ayat kami.”

.

Nabi Hud mengeluarkan mereka daripada kebejatan kekuatan dan menyeru kepada iltizam dengan kebenaran. Apabila mereka ingkar, Allah menghantar azabNya yang pedih.

.

Adapun kepentingan (maslahat), ia diterima pakai oleh syari’at Islam. Bahkan Allah tidak mensyari’atkan sesuatau hukum kecuali demi kepentingan hambaNya di dunia dan akhirat. Setiap masalah yang keluar daripada maslahat dan menuju kerosakan maka ia bukan daripada syari’at.

.

Al Maslahatul Mursalah iaitu sesuatu kepentingan yang tiada nas yang menerima atau menolaknya juga termasuk dalam salah satu daripada dalil – dalil syara’ yang diterima pakai, sebagaimana diterangkan oleh Imam Malik dan mazhab – mazhab lain juga.

.

Tetapi maslahat yang mengikat politik di dalam Islam dan juga percakapan barat itu bukanlah bererti setiap apa yang memberi kelazatan kepada manusia atau bermaksud pengumpulan kepentingan secara peribadi tanpa menghiraukan kerugian orang lain dan melanggar susila dan santun.

Bahkan syara’ menjelaskan maslahat yang dimaksudkan dan mengikatnya dengan matlamat – matlamat syariat yang menjaga ugama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagaimana akan dijelaskan nanti dalam tajuk ‘nas dan maslahat.'

Tuesday, September 22, 2009

Menunggu usahawan bumiputera terkaya

Sebelum 30 Jun lalu, syarat 30 peratus ekuiti bumiputera masih merupakan taboo atau perkara sensitif yang pantang disentuh oleh mana-mana pihak.

Jika ada pihak yang berani mendesak agar syarat terbabit dimansuhkan, maka sudah barang tentu ia akan dicap sebagai anti-Melayu atau mengkhianati Melayu dan akan dibelasah oleh pemimpin Umno, “wira-wira” Melayu dan media aliran perdana.

Tetapi pada tarikh tersebut, dalam ucap utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Berhad dan Kumpulan CIMB, beliau telah mengumumkan secara rasmi bahawa syarat 30 peratus ekuiti bumiputera akan dimansuhkan berkuatkuasa dengan segera atas dua sebab utama, iaitu:

Pertama, garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) merupakan instrumen yang tidak lagi berkesan dalam mencapai matlamat menyusun semula masyarakat Malaysia dan sasaran pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera di peringkat firma secara keseluruhan.

Didedahkan bahawa dalam tempoh sehingga 2006, sungguhpun FIC berjaya mengagihkan sejumlah RM54 bilion ekuiti kepada bumiputera, namun hanya RM2 bilion (tidak sampai 5%) yang masih kekal dalam pemilikan bumiputera.

Selebihnya telahpun dijual untuk mengejar keuntungan segera!

Justeru, pada 1990, ekuiti bumiputera berada pada tahap 19.3 peratus, ia hanya meningkat kepada 19.4 peratus pada 2006 dan tidak berubah sehinggalah ke hari ini.

Nyata sekali FIC sudah gagal dalam fungsinya sebagai instrumen untuk mencapai sasaran pemilikan ekuiti bumiputera seperti yang ditetapkan.

Kedua, garis panduan FIC merupakan rintangan kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, penyusunan semula FIC perlu untuk memangkin pelaburan yang lebih mapan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara terutamanya bila ekonomi negara sedang menghadapi cabaran-cabaran utama berikut:

bullet buttonRizab petroleum menyusut (dijangka pengimport bersih pada tahun 2014).
bullet buttonKebergantungan kepada FDI yang kian menyusut selepas 1997.
bullet buttonTahap pertumbuhan produktiviti yang rendah.
bullet buttonKebergantungan kepada pekerja asing yang tidak mahir.

Demi menghadapi cabaran-cabaran utama tersebut, antara lain, halatuju berikut telah dikemukakan:

bullet buttonMewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mesra pelabur.

bullet buttonMemberi tumpuan untuk mengingkatkan penyertaan bumiputera secara berkesan dalam ekonomi berasaskan pendekatan meritokrasi.

bullet buttonMenggalakkan penglibatan berkesan dan berkekalan usahawan bumiputera dengan menguasai pemilikan dan pengurusan syarikat korporat dalam sektor pertumbuhan dan strategik.

bullet buttonMeningkatkan tenaga kerja bumiputera terutamanya dalam kategori pekerjaan pengurusan dan profesional dalam sektor korporat, dan

bullet buttonMeningkatkan saiz golongan menengah bumiputera.

Untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mesra pelabur, selain pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera, FIC tidak lagi memproses transaksi hartanah kecuali membabitkan pencairan kepentingan bumiputera atau kerajaan.

Had pembelian harta oleh warga asing dinaikkan secara umum kepada RM500,000, dan had pemegangan saham asing amanah dan broker saham ditingkatkan kepada 70 peratas daripada 49 peratus.

Liberalisasi dalam industri itu akan membenarkan pemilikan 100 peratus saham oleh pemodal asing yang dianggap layak dan profesional dalam menerajui syarikat pengurusan dana yang kukuh untuk beroperasi di Malaysia.

Rasanya pelonggaran had pemegangan saham asing amanah dan broker serta syarikat pengurusan dana kukuh yang beroperasi di Malaysia memerlukan timbangan yang lebih teliti agar ekonomi negara kita tidak dikuasai semula atau dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar antarabangsa, terutamanya memandangkan impak buruk krisis kewangan Amerika Syarikat kepada negara-negara membangun termasuk Malaysia yang sehingga kini masih belum pulih lagi.

Instrumen baru untuk memikul pelaksanaan halatuju baru dalam Model Ekonomi Baru (MEB) tersebut ialah penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang bermula dengan modal awal RM500 juta dan akan ditambah sehingga RM10 bilion.

Menurut perdana menteri, Ekuinas adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi.

Seperti ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Mingguan Malaysia, 5 Julai): “Kerajaan sememangnya berpegang kepada konsep pertumbuhan dan pengagihan dan akan terus memikirkan secara menyeluruh untuk mewujudkan instrumen-instrumen (yang baru) dan menambah baik instrumen yang ada .

“Ini penting untuk memastikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan dan diberi sebanyak mungkin bantuan untuk memastikan mereka mampu memajukan diri dan mencapai objektif yang telah dinyatakan dalam DEB sebelum ini.

“Ini kerana 'roh' DEB dan agenda bumiputera itu masih ada. Namun kini kita perlu melakukan agenda ini melalui instrumen-instrumen yang dianggap mesra pasaran.”

Memupuk usahawan besar bumiputera melalui equinas kontrak dan lesen?

Dijelaskan beliau secara lebih perinci: “Kuota bumiputera itu pada sektor strategik di tahap mikro tidak kita hapuskan. Hanya di peringkat makro sahaja. Masih lagi menjadi matlamat kita untuk mencapai satu proportion (nisbah) yang tinggi dan kalau boleh dalam sektor-sektor tertentu lebih dari 30 peratus. Bukan sahaja melalui FIC melalui ekuiti tetapi juga melalui lesen.

“Kalau kita lihat orang-orang kaya di Malaysia dari 10 terkaya ada seorang dua yang menduduki tempat teratas. Mereka menjadi kaya dengan cara bagaimana? Mereka mendapat kontrak dan sebagainya serta dianugerahkan lesen oleh kerajaan.

“Jadi kita mendapat pengajaran bahawa kita harus menggunakan lesen-lesen sebegini untuk memupuk dan melatih mereka menjadi usahawan besar dan berjaya. Mungkin ada yang mendapat lesen dan sebagainya, namun kita harus lebih menumpukan kepada usaha pemberian lesen untuk menjayakan para usahawan bumiputera tidak akan hilang malah akan diperhebatkan!”

Nampaknya Umno dan Barisan Nasional masih belum mengambil iktibar daripada kegagalan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera yang hanya menguntungkan mereka yang mengambil kesempatan untuk memiliki kuota bumiputera tanpa berusaha lalu dijual untuk mencari keuntungan cepat.

Kali ini, kerajaan bersedia pula melalui instrumen-instrumen lama dan baru untuk menganugerahkan lesen-lesen bagi sektor-sektor yang berpotensi pertumbuhan pesat dan strategik dan konsesi-konsesi bernilai tinggi serta kontrak-konrak besar untuk usahawan-usahawan bumiputera pilihan (kroni?) mereka, menurut Nor Mohamed lagi, seperti yang dianugerahkan kepada seorang dua yang menduduki tempat teratas daripada 10 usahawan terkaya di Malaysia.

Jika kuota bumiputera berkadaran tinggi secara mikro tidak akan dihapuskan seperti dijelaskan Nor Mohamed, maka bukankah halatuju baru mengenai pupukan usahawan tulen melalui pendekatan meritokrasi dan pesaingan hanya omong kosong semata-mata?

Kenapa yang dititikberatkan adalah peningkatan saiz golongan menengah bumiputera, dan pupukan segelintir usahawan-usahawan bumiputera terkaya, bukan pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan lapisan bumiputera bawahan dengan bilangan yang terbanyak sekali?

Jelas sekali, apa yang dinamakan agenda bumiputera padahal hanya menguntungkan segelintir kroni Umno yang berada dalam lapisan atasan, ia bertentangan dengan agenda rakyat yang menitik-beratkan kepentingan lapisan bawahan tanpa mengira kaum. -malaysiakini

Saturday, September 19, 2009

Siapa yang sebenarnya yang melengahkan perbicaraan Anwar?

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim.
.
Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh.

.
Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu.
.
Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.
Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan.
.
Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat.
Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A.
.
Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini.

.
Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini.
Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.
.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.
Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan. Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja.
.
Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian.
Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui.
.
Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar.
Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya.
.
Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit.
.
Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu!
Para peguam dalam pasukan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut. Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit.
.
Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza.
Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009.
.
Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan.
Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan. Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan.
.
Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.

-wargamarhaen

PRK Bagan Pinang


Pentas Canggih akan turut bersama-sama berkempen untuk PRK N31 Bagan Pinang bagi mempastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat daripada PAS

Petikan kartun

Pentas canggih mula dibuka

Salam perkenalan.
.
Blog ini dibuat semata-mata untuk mengulas tentang perkembangan politik tanah airku Malaysia. Memang banyak yang berlaku setiap hari dan diharap ia boleh menyumbang sesuatu kepada rakyat Malaysia.
.
Wassalam,
.
Pentas Canggih