Friday, October 30, 2009

Tujuh mitos, tujuh pembohongan

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat. Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah.
.
Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.
.
Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan.Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.
.
Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini, ada hantu adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ia juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu, tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka.
.
Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan dan kemudian terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka. Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal daripada Tuhan, maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk. Walhal kalau Raja Jepun ini makan petai, kencing dia tetap hancing. Kalau Putera Charles tercirit, baunya tetap busuk.
.
Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca daripada tiga sumber.
.
Pertama: Pengumpulan pengalaman. Kedua: Kaji selidik. Ketiga: Ujian dalam bilik makmal.
.
Sesuatu mitos akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada sesuatu itu mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah, maka ia masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar atau Big Bang hanya satu teori. Hari ini ia telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat membuktikan teori ini.
.
Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari suatu zaman ke suatu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.
.
Dalam negara kita, ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan, ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini diterima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua.Tetapi dengan adanya internet, kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.
.
Mitos pertama
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
.
Mitos kedua
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!
.
Mitos ketiga
Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata. Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.
.
Mitos keempat
Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.
.
Mitos kelima
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika. Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia.
.
Mitos keenam
Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India.
.
Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.
.
Mitos ketujuh
Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.
.
Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
.
Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah.
.
Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah. Dokument-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet.Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos.
.
Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

Thursday, October 29, 2009

Sekor Lagi Musang Terbongkar

.
Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos. ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini umumkan keluar PKR dan berbaik-baik dengan BN-UMNO.
.
Tak taulah dia dia ni memang orang PKR ke atau UMNO semenjak dari dulu lagi sebab dari jadi wakil rakyat tahun lepas sampai sekarang keje asyik menyorok dalam gua je.
.
Adakah ini tanda-tanda keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak dapat dipastikan kerana beliau terlebih dahulu meninggalkan sidang media sebelum wartawan Satira Nasional bertanya soalan itu. Mungkin orang-orang BN sedang menunggu kat luar untuk dijulang.
.
Apa pun tahniah diucapkan kerana anda menjadi contoh dan pengajaran kepada orang lain anda seorang yang takde maruah dan senang dibeli.

Fokus kepada Nasha dan Dr Hassan

OKT 29 — Agak menarik apa yang berlaku dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam tadi apabila dua perkara ini dilihat berlaku.
.
Pertama, ahli mesyuarat yang paling awal keluar sebaik sahaja mesyuarat selesai adalah Datuk Dr Hasan Ali, AJK yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Perkara ini disahkan oleh beberapa saksi kepada The Malaysian Insider.
.
Yang kedua, Nasharudin Mat Isa, timbalan presiden PAS, sebagai pemimpin paling kanan selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat khas itu.
.
Ini kerana, semua yang lain hadir di samping Abdul Hadi. Mereka adalah ketiga-tiga naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
.
Turut kelihatan adalah Setiuasaha Agung Datuk Mustafa, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi dan juga Ketua Penerangan Idris Ahmad.
.
Apakah yang berlaku kepada mereka berdua dalam mesyuarat malam tadi tidak diketahui. Yang pasti, mesyuarat itu telah mengambil keputusan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin Tuan Ibrahim diarahkan agar membuat penyiasatan terhadap PAS Selangor.
.
"Adakah Datuk Hassan akan disiasat," tanya seorang wartawan. Abdul Hadi menjawab, "PAS Selangor akan disiasat."
.
Apa yang hendak disiasat oleh Lembaga Disiplin ini tidak dinyatakan dalam sidang media itu. Namun, gelagat kedua-duanya sangat mencurigakan lebih 50 wartawan dan jurugambar yang memenuhi tingkat 4 bangunan PAS malam tadi.
Dalam pada itu, kecoh dalam blog sekarang tentang pertemuan antara kedua-duanya (Nasharudin dan Hassan) dengan sembilan blogger termasuk yang dikira pro Umno.
.
Antara yang dibincangkan adalah tentang cadangan kerajaan perpaduan dan juga serangan ke atas bekas seorang naib presiden PAS.
.
Menurut satu blog, rakaman perbincangan di rumah Hassan Ali itu akan diserahkan beliau kepada Tuan Ibrahim, sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, antara punca Nik Aziz melenting adalah kerana karenah Hassan Ali di Selangor dan sikap para pemimpin kanan PAS dalam menanganinya.
.
Kini, masing-masing tertumpu kepada Lembaga Disiplin yang diketuai Tuan Ibrahim. Bilakah sidang pertama mereka akan berjalan, siapa yang akan disiasat dan sebagainya akan menjadi sorotan media. Ramai bimbang kerana Tuan Ibrahim seorang pemimpin yang low profile dan perlahan.
.
Yang pasti, segala masalah dalaman PAS telah dibincangkan secara terbuka malam tadi dan langkah mengadakan seminar khas 7 November ini adalah antara yang terbaik pernah dibuat oleh pimpinan parti itu dalam menentukan hala tuju PAS dengan mantap. -Warga Marhaen

ADUN PKR diminta letak jawatan


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.LAGI -Malaysiakini
.
Komen Satira Nasional: Walaupun dah lambat dan ambik masa sikit tapi tindakan nilah yang patut diambil kalau wakil rakyat tak boleh berkhidmat. Simpan lama-lama jadi kudis nanti.

Tuesday, October 27, 2009

Kartoonkini lagi


Peserta perkhemahan 1Malaysia lemas

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus. Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras.
.
.
Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.Agensi berita Bernama pula melaporkan, pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan.
.
Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.
.
"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini.

Monday, October 26, 2009

Suka Hati Kaulah Labu




Nik Aziz diajak bincang isu 'pemimpin bermasalah'

Datuk Nik Aziz Nik Mat diundang khas dalam pertemuan dengan jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri bagi membincangkan isu beberapa pemimpin kanan "bermasalah" berhubung idea kerajaan perpaduan.
.
Mursyidul am PAS, yang juga pesuruhjaya Kelantan, antara lebih kurang 60 pemimpin parti itu yang diundang untuk membahaskan isu tersebut Rabu ini sejak ia timbulkan Nik Aziz, Jumaat lalu.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.
..
"Beliau (Nik Aziz) hadir sebagai pesuruhjaya dan sebagai jemputan khas kerana kita nak dengar sendiri (mengapa) beliau buat kenyataan begitu.
.
"Kita berharap tok guru akan hadir," katanya dalam sidang media berhubung isu itu di Kuala Lumpur pagi ini. Didesak pemberita reaksi selanjutnya jawatankuasa pusat PAS dan pesuruhjaya negeri jika Nik Aziz tidak hadir dalam pertemuan tersebut, Mustafa berkata:"Tok Guru (Nik Aziz) sudah bercakap dengan Salahudin, dan Salahudin akan menyampaikan dalam mesyuarat. Berita selanjutnya
.
Komen Satiran Nasional: Mesyuarat, lepas tu meeting, pah tu bincang tapi keputusannya, pi mai pi mai tang tu jugak. Adalah lebih molek jika dibuat satu ketetapan yang jitu dan cuba tunjukkan kesepakatan dalam PR.
.
Rakyat sedang menilai dan melihat sejauh mana kebijaksanaan boleh dicapai dalam menyelesaikan kemelut ini. Yang penting mestilah demi mengukuhkan PR di masa hadapan.

Friday, October 23, 2009

Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa sokongan majoriti Melayu?

Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?
.
"PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia."
.
Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah "kes terasing" atau "menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)".
.

.
Seandainya 40% undi Melayu diperolehi...

.
Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

.
Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

.
Pemerhatian Wong (gambar kiri) terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

.
Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

.
Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.

.
Seandainya Pakatan Rakyat meretak...

.
Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya "untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu", maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.

.
Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana "harapan (yang diberikan PR)" kini diganti dengan persepsi "sering berbalah sesama sendiri". Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya...

.
Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

.
Sistem negara yang dikuasai Melayu

.
Ketika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

.
Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.

.
Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa "naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu".

.
"Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu...," kata Yong.

.
Misalnya, "Melayu" dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.

.
Malah, Yong (gambar kanan) menganggap "politik berbilang kaum" yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.

.
Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong.

.
*Perbincangan ini mengambil tempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Oktober 2009, dalam satu forum yang bertajukkan PRK Bagan Pinang. -Merdeka Review

.

Komen Satira Nasional: Satu analisis yang menarik dan perlu diambil perhatian oleh Pakatan Rakyat jika benar-benar serius untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam PRU 13 nanti. Nampak macam tugas yang berat namun tidak mustahil untuk dilakukan dari sekarang!

Wednesday, October 21, 2009

Pakar: 80% kemungkinan Teoh dibunuh

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.
.
Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'. Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.
.
Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.
.
Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.
.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:
.
1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.
.
2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.
.
3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan. Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.
.
Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.
.
Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. -Malaysiakini
.
Komen Satira Nasional: Kalau dah 80% kemungkinan tu, kerajaan nak tunggu apa lagi, tubuhkan segera Suruhanjaya Diraja dan siasat dengan sedalamnya kes ni. Biar orang yang bertanggung jawab dibawa ke muka pengadilan. Berani kerana benar, kan?

Thursday, October 15, 2009

Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah

TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.
.
Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.
.
"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.
.
Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah. -
harakahdaily
.
Komen Satira Nasional: Memang banyak provokasi daripada BN masa PRK Bagan Pinang hari tu. Aku tengok sendiri kat Teluk Kemang, ramai FRU diletak di sepanjang jalan kat tempat mengundi. Tujuannya tak lain nak tunjukkan kononnya penyokong PAS / PR ni ganas.
Tengok di sebelah BN tu, ramai budak-budak muda, alahai belasan tahun je, silap2 belum habis sekolah buat provokasi. Pakai baju sepesen je pah tu huha tak tentu arah.
.
Pandangan saya, PR bersedialah, BN akan buat apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya lepas ni dan yang pasti sesuatu yang kotor akan, sedang dan telah dirancang. Bersedialah dari sekarang jika tak mahu menyesal kemudian hari.

Wednesday, October 14, 2009

Ikrar Pemuda sekat Anwar jadi PM

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri.
.
Komen Satira Nasional : Apasal la yang korang takut sangat dengan Pak Sheikh ni?
.
Suka hati dialah nak jejak ke tak nak kaki ke pejabat Perdana Menteri, kaki dia, bukannya kaki bapak kau pun KJ oooiii

Monday, October 12, 2009

Kemenangan Isa, bukan UMNO

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

.
.

"Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti."Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.
.
Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi. Lagi -Malaysiakini

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.
.
Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.
.
Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.
.
Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.
.
“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.
.
Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.
.
Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.
.
Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.
.
Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.
.
Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.
.
Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.
.
Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.
.
Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Thursday, October 8, 2009

ROS: Pakatan Rakyat boleh bergabung

Pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak terpakai bagi parti politik, kata Ketua Pengarahnya Datuk Md Alias Kalil.
.
Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.
.
"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.
.
Md Alias diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pakatan pembangkang boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.
.
Kenyataan Wan Ahmad itu rentetan dakwaan bahawa Pakatan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat iaitu perlu ada tujuh anggota sebelum boleh didaftarkan sebagai sebuah gabungan. Md Alias juga menolak dakwaan pemimpin parti pembangkang bahawa syarat-syarat pendaftaran yang ada menyukarkan mereka untuk merasmikan pakatan mereka.
.
"Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi tak adalah menyusahkan seperti yang didakwa mereka.
.
"Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya. Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya pakatan pembangkang mendaftarkan gabungan itu dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.
.
Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian.Bagaimanapun kenyataan Abdul Aziz mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang mendakwa pakatan pembangkang tidak boleh mendaftar dengan ROS kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota. Pakatan pembangkang dianggotai PKR, DAP dan PAS. BERNAMA
.
Komen Satira Nasional : Inilah masanya yang sesuai pihak Pakatan Rakyat mengambil serius memikirkan cara bagaimana untuk daftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti berdaftar.
.
Dalam proses persediaan mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihanraya umum nanti, perkara ini akan menjadi isu utama di samping isu-isu semasa yang lain. Ambil langkah yang bijak sekarang sementara sokongan masih lagi kuat daripada rakyat.

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

KEMASKINI: BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.
.
Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.
.

.
Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.
Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

.
Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

.
Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

.
"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

.
Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

.
"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

.
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

.
"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. Cerita lanjut

Wednesday, October 7, 2009

PAS Ready To Study Pakatan Rakyat Being Registered: Nik Aziz

KOTA BAHARU, Oct 7 (Bernama) -- PAS spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, said his party is willing to study a suggestion that the opposition parties register Pakatan Rakyat as a legal entity like the Barisan Nasional to enable them to campaign as a coalition.
.
"That's a technical problem and can be done if the situation and laws require us to do so," he told reporters at his office in Kota Darulnaim here today when asked to comment on a suggestion by Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof that would enable them to campaign as a coalition.
.
Nik Aziz said Pas had experience in other coalitions earlier and the matter of some parties in the Pakatan Rakyat said to be in disagreement with each other can be discussed further.
.
"So the question of Pas not cooperating with DAP because of differing party policies does not arise. Now too we are campaigning together, we can do that, it's up to the central leadership," he said.-- BERNAMA

Pakatan Rakyat Malaysia bakal muncul di S'wak

Sebuah parti politik baru - Pakatan Rakyat Malaysia - akan dilancarkan di Sibu, Sarawak sebelum pilihanraya peringkat negeri itu, yang dijangka diadakan tahun depan.
.
Nama kontroversi tersebut dijangka menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi di Sarawak, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini. Penubuhan parti baru itu dipercayai disokong oleh ahli parlimen Bintulu dan pengerusi kelab penyokong BN, Datuk Seri Tiong King Sing.
.
Menurut sumber-sujber, parti baru akan diketuai oleh Gabriel Adit Demong, 59, ADUN Ngemah. Adit, yang menyertai PKR tahun lalu, memenangi kerusi Ngemah sebagai calon Bebas pada 2006. Beliau pernah menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selama tiga penggal, tetapi tidak menyertai mana-mana selepas PBDS dibubarkan.
.
November lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengalu-alukan penyertaan Adit dalam PKR November lalu bersama-sama dengan 12,000 penyokongnya. Dalam ucapannya ketika menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, Adit berkata sebab utama beliau menyertai PKR ialah kerana 'pengembirian politik' masyarakat Dayak di bawah kerajaan negeri BN.
.
Menurut Adit, PKR adalah landasan terbaik untuk menangani masalah sosio-ekonomi masyarakat Dayak. -Malaysiakini
.
Komen Satiran Nasional: Ini semua kerja BN la. Takut Pakatan Rakyat didaftarkan lepas tu guna logo sendiri automatik akan mengancam BN. Cuba kalau parti ni nak daftar untuk melawan BN, sampai kucing bertanduk pun belum tentu boleh lulus.
.
Kalau orang minat dengan slogan Makkal Sakthi, hah BN pun ambik, minat ngan Pakatan Rakyat, BN ambik. Kokak betul otak orang2 BN ni rupanya ye. Tak gentlement langsung

Tuesday, October 6, 2009

RM1,000 jika ada foto Azeez ditumbuk

Sebuah NGO menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti bergambar ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk penyokong PAS.
.
Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net hari ini.
.
Timbalan Presiden NGO itu Mohd Dzohir Hamid dilaporkan berkata mesyuarat ahli majlis eksekutif PEMBELA semalam mengambil keputusan menawarkan wang kepada pihak yang memiliki atau mahu menjual gambar insiden tersebut - kini menjadi isu menyerang PAS.
.
Bekas exco Pemuda Umno itu mendakwa ditumbuk oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Sabtu lalu, sehingga terpaksa dirawat di hospital. Mohd Dzohir juga dipetik berkata PEMBELA membuat tawaran itu untuk mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Abdul Azeez itu.
.
"PEMBELA harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekali gus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.
.
Pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghubungi pemimpin PEMBELA itu di talian 019-49 80 230 pada bila-bila masa. Abdul Azeez dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.
.
Sementara itu, dalam laporan berasingan, Harakahdaily.net semalam pula memuatkan tiga keping foto yang tidak menunjukkan Abdul Azeez dipukul sewaktu berjalan kaki dekat kumpulan penyokong pembangkang.
.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua penerangannya Idris Ahmad dipetik berkata dakwaan Abdul Azeez itu sebagai "pembohongan" berdasarkan tiada kesan lebam atau calar di bahagian badannya dan juga rakaman tiga foto berkenaan.
.
Komen Satira Nasional: Kalau betul didapati dakwaan tu adalah pembohongan, layakkah orang ni ditumbuk sekali lagi?

Kisah Rasulullah Membangun Sistem Ekonomi Islam


Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang Yahudi. Maju mundurnya masyarakat Madinah saat itu secara tidak langsung diatur oleh kapitalis Yahudi.
.
Di dalam masyarakat terjadi penindasan, penzaliman dan riba dimana–mana. Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, maka selaku pemimpin, Baginda tidak bisa berdiam diri melihat kekacauan masyarakat Madinah yang bersumber pada eksploitasi oleh sistem ekonomi kapitalis. Langkah yang diambil Baginda adalah mengerahkan Sayidina Abdurrahman bin Auf, seorang hartawan, untuk membangun sistem ekonomi bertaraf ALLAH dan Rasul.
.
Sayidina Abdurrahman bin Auf memulai dengan membangun pasar yang dikelola seratus persen oleh umat Islam sendiri berlokasi tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama “Suqul Anshar“ atau pasar Anshar. Semua orang Islam dihimbau untuk berjual beli dan melakukan semua aktivitas perdagangan di pasar itu tanpa bekerjasama sedikitpun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan segala produk atau barang mereka.
.
Dengan semangat perpaduan serta ketaatan pada ALLAH dan Rasul-Nya umat Islam saat itu menumpukan perhatian semata-mata di Suqul Anshar. Bahkan bukan itu saja, karena dalam sistem ekonomi Islam tidak ada penindasan atau riba serta amat memberi kemudahan dan di dalamnya juga terdapat semangat perpaduan dan rasa ber-Tuhan yang tajam, maka banyak orang bukan Islam dan orang luar kota pun tertarik untuk berdagang ke Suqul Anshar.
.
Hasil dari perjuangan itu maka dalam waktu singkat ekonomi Madinah beralih ke tangan umat Islam, sehingga ekonomi Yahudi yang sudah ratusan tahun, gulung tikar dan bangkrut bahkan mereka menjadi miskin dan akhirnya menutup pasar mereka. Dan karena sebab itu jugalah maka sampai saat ini mereka sangat membenci dan dendam pada umat Islam dan sangat menginginkan secara ekonomi, umat Islam berada dalam kekuasaan mereka tanpa umat Islam menyadarinya.
.
Demikianlah, perpaduan umat Islam saat itu dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berhasil membangun ekonomi Islam dan sekaligus merobohkan musuh tanpa berperang secara fisik. Dan seharusnya kita sebagai umat Islam meneladani dan mengikuti sunnah Nabi kita sebagai suatu strategi untuk membangun sistem ekonomi Islam. -sumber internet

Monday, October 5, 2009

Isa impi kembali ke kerusi MB!

Dzulfikar Mashoor Mon
.
TELOK KEMANG, 5 Okt: Belumpun menang sebagai Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mula menyimpan impian untuk kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
.
Isa mendakwa beliau sewaktu menjadi Menteri Besar jauh lebih baik berbanding kepemimpinan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.
Respon balas itu ekoran nasihat Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa pencalonan Isa membuktikan Umno sebenarnya berpura-pura menentang rasuah.
.
Akhbar elektronik The Malaysian Insider melaporkan, Isa mempersoal ? adakah pentadbiran Kelantan jauh lebih baik berbanding pentadbirannya (ketika menjadi Menteri Besar) di Negeri Sembilan.
.
"Kita (kerajaan negeri era Isa) telah memberi prasarana pembangunan terbaik di negeri sembilan," tegasnya lagi.
.
Penegasan Isa itu sekali gus seolah-olah mengetepikan kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada; di bawah kepimpinan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS mendakwa penyokong-penyokong Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa Isa akan menjadi Menteri Besar, jika akar umbi Umno tempatan sedia memenangkan calon taruhan Umno itu.
.
Ahad ini, Isa mesti mengalahkan calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar, sebelum kembali semula ke arus perdana Umno dan kerajaan Negeri kelak.
.
Jun 2005 lalu, Isa digantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri, setelah beliau mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) 2005.
.
Pergantungan itu menyebabkan Isa melepaskan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
.
Pergantungan itu juga menjadikan Mohamad Hassan tidak lagi mempunyai pencabar di peringkat Umno negeri, setelah menduduki kerusi Menteri besar.
.
Niat Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar sudah dijangka menggamit perhatian serta pergelutan kuasa dalam Umno, terutama sepanjang kempen pilihan raya kali ini. -harakahdaily.net
.
Komen Satira Nasional: Sebab tu lah jangan pilih ikut suku, sokong suku, beri suku-sakat je. Berilah sokongan yang penuh untuk calon Pakatan Rakyat. suarakan rasa tidak puas hati anda dalam bentuk undi.

Jangan jadi malas - nanti bonsai

MENGENAL KONTRADIKSI DAN MUSUH
.
Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ini berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.
.
Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas metelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan. Mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakan untuk berfikir. Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil.
.
Tidak cukup dengan ini kita ditakut takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir dengan api neraka. Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.Kalau anak kecil banyak bertanya akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.
.
Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar – kita terima – sebagai fakta. Apabila telah bersunat, besar bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai bertenet dan berinternet maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah dari pandangan karut marut yang didengari ketika membesar. Membuang dan membakul sampahkan segala karut marut yang bersidai dalam otak kita.
.
Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan meyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah bonsai. Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati.
.
Dalam suasana politik kita - budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya adalah monolok – jalan sehala – dimana si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali. Pelbagai sampah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita dizaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk menapis atau bertanya.
.
Seyugia diingati ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat - untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau mengembangkan akal. Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ianya menjadi ajen pembodohan.
.
Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolok sehala adalah tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong. Lihat bagaimana monolog tv sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.
.
Hasil dari budaya mendengar ini ramai warga terlali dan terlalai dari membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok. Perangai lupa dan nyanyok lahir dari susuk yang tidak lagi menggerakan otak mereka.
.
Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah maka mamai akan menyerang. Ini tidak menghairankan. Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.Dalam gerombolan United Malays National Organistion bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan ialah bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.
.
Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk megenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara. Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik.
.
Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa apa kerja politik. Gagal mengenal kontradisi sosial maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan. Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini.
.
Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi. Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.Justeru dalam kerja politik wajib di ketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekonder.
.
Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa larau dan porak peranda – raba sana pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus. Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.
.
Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan di baca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud berapa ratus kali pun diklik yang muncul hanya angka 404. Ini dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, cubaan di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul. Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang dari mimpi atau angan-angan.
.
Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama. Bagitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita – banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.
.
Contohnya rakyat Sabah dan Serawak ingin bebas dari cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini adalah kontradiksi dikalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita ekploit untuk menguntungkan orang ramai.Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia.
.
Kuasa ekonomi Anglo- Amerika sedang mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru harakan dunia.
.
Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan. Semua ini adalah asas taktik dan strateji politik yang paling minima.
.
Inilah penting memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim bala tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama. Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika bukan pendukong utama.
.
Dalam politik yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup. Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama dari sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama.
.
Justeru apa yang harus digudam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri. Salah satu dari kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan.
.
Tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu. Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan buger kerana terdengar cerita adanya gelatin tak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melupuskan Mac Dogal dan Burger King . Ini tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tak kesampian untuk berfikir. (TT)
.
nota: bebas diambil untuk membuat kebaikan

Sunday, October 4, 2009

Police say no witnesses in attack on Umno man

PORT DICKSON, Oct 3 — Police have not identified the suspect who punched Umno Supreme Council member Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim during the nomination process for the Bagan Pinang state by-election this morning.
.

Negeri Sembilan Chief Police Officer Datuk Osman Salleh said police were still investigating the incident after Abdul Azeez, who is also the Baling Umno division head, lodged a report at the Port Dickson District Police Headquarters at 12.30pm.

.

“We have received the report of the punching incident that occurred at about 9.20am. According to the report, the complainant was punched in the back, on the neck and cheek as he was walking past the area where the PAS supporters had gathered. So far, there are no witnesses and we don’t know who had thrown the punches.

.

“However, another man (Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) who was together with him did not lodge any report because he managed to evade the incident,” he told reporters at a media conference, here today.

.

Meanwhile, Osman said police had so far not received any report on the bottle-throwing incident that occurred during the nomination process.

.

Apart from the commotion mentioned earlier, he said the nomination process at the Port Dickson Municipal Council Hall generally went smoothly.

.

After the nomination process, he said police would now monitor the campaigning activities by the two political parties contesting in the by-election, namely Barisan Nasional (BN) and PAS.

.

The by-election will see a straight fight between BN candidate Tan Sri Isa Abdul Samad and PAS candidate Zulkefly Mohamad Omar. — Bernama

.

Komen Satira Nasional: Yang dua ekor unta ni pergi lalu dalam kumpulan penyokong Pakatan Rakyat tu apa ke bengap punya spesies. Korang tak sedar ke bawak logo dacing karat kat dahi. Banyak lagi tempat yang boleh lalu.

.

Lagi satu, yang unta sekor ni pernah jadi menteri Belia dan Sukan, takkan tak sedar contohnya kau pakai jersi Chelsea pah tu lalu kat depan beribu-ribu penyokong Man Utd sambil tayang2 bontot.

.

Tapi yang ketiga, aku tak caya dua ekor unta ni sebab dah tentu masa tu boleh ambik gambar sapa yang tumbuk, terajang, lempang, jotos kepala hang. Satu dunia tengok, kamera ada, video ada, hp canggih2 boleh snap. Lainlah kalau kau tu bukan VIP.

.

Nampaknya kempen BN bermula dengan langkah kiri. Aku percaya PR ada can nak menang kalau BN-UMNO terus-menerus pentaskan aksi badut di PRK kali ni.

Saturday, October 3, 2009

Pakatan Rakyat lawan BN di Bagan Pinang

TELOK KEMANG, 3 Okt: Pernamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang berjalan lancar dengan calon Pakatan Rakyat dan calon Barisan Nasional mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

.

Walaupun calon bebas dikatakan akan menyertainya namun borang pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

.

Pakatan mencalonkan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar manakala BN mencalonkan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon.

.

SPR telah memaklumkan, kertas pencalonan calon bebas yang merupakan AJK Bahagian PKR di situ ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi kawasan itu.

.

Sehingga tempoh bantahan tamat, hanya dua borang pencalonan sahaja yang dipamerkan iaitu borang dari calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

.

Image(Gambar:Perarakan calon Pakatan yang dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

.

Pernamaan calon diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

.

Segelintir Pemuda Umno yang sudah sampai di gigi bukit yang menempatkan pejabat MPPD memulakan perang mulut dengan segelintir penyokong Pakatan yang masih belum bergerak menuju ke dewan penamaan itu.

.

Mereka juga melaungkan 'hidup Isa', 'Isa pembela rakyat', 'Pertahankan hak Melayu, Kembalikan Isa ke Negeri Sembilan'.

.

Di pihak Pakatan Pula, kedengaran laungan 'rasuah...rasuah...', 'reformasi' sebagai respon balas balas kepada sorakan Umno BN.

Image(Gambar: Hanya borang calon PAS dan BN sahaja yang dipamerkan)

.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon manakala Tan Sri Muhyidin Yasin mengiringi calon BN. -Harakahdaily.net

.

Satira Nasional: Pertarungan sebenar dah bermula. Siapa yang bijak dalam mengambil hati pengundi, memanipulasi isu dan menjelaskan sepenuhnya kepada pengundi akan berpeluang untuk menang.

.

BN memang dah tahu akan merasuah pengundi dengan projek mee segera, cerita kartun keluar tv ngan penyokong PR masuk BN. Apa pun, buat semua petugas PR, selamat berkempen!

Pemimpin beriman pertahan syiar Islam

PEMIKIR Islam tersohor abad ke-18 Hijrah, Ibnu Khaldun, menyatakan sebuah masyarakat tidak dapat dipisahkan daripada wujudnya seorang pemimpin atau ketua sama ada digelar khalifah, sultan, raja, imam dan sebagainya.
.
Firman Allah SWT: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa.”
.
Menurut kitab susunan Imam Umar bin Muhammad, yang meninggal dunia pada 531 Hijrah, orang Islam mestilah melantik seorang raja yang dapat menjalankan hukum Islam, menguatkan pertahanan, menyelesaikan perbalahan antara umat Islam dan sebagainya.
.
Satu riwayat menyatakan Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan kepada orang yang hendak bermusafir: “Sekiranya kamu ada tiga orang yang ingin bermusafir maka hendaklah kamu melantik salah seorang menjadi ketua,” (Riwayat Abu Daud).
.
Raja atau ketua sebuah negeri bertanggungjawab menjaga pentadbiran dan pemerintahan serta menjaga perjalanan agama Islam.Tanpa adanya raja atau ketua yang benar-benar bertanggungjawab akan meletakkan rakyat dan agama dalam suasana yang tidak harmoni.
.
Kerana itu, dalam peristiwa kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat terlebih dulu melantik pengganti Baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum jenazahnya dimakamkan. Islam turut mewajibkan setiap rakyat mengetahui dan memahami kedudukan raja dan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadanya.
.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu,” (An-Nisa' ayat 59).Ia dengan jelas menyeru orang yang beriman supaya mentaati Allah SWT, Rasulullah SAW dan Ulil Amri.
.
Maksud mentaati Ulil Amri ialah patuh kepada individu yang mengetahui urusan kaum muslimin, pemerintah mereka wajib ditaati selama mana ia tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT dan rasulnya. Ada riwayat mengatakan: “Agama Islam tidak akan kuat kecuali dengan jemaah dan jemaah tidak akan berjalan kecuali ada pemimpinnya dan pemimpin tidak akan ada gunanya jika tidak ditaati.”.
.
Tidak dapat dinafikan bahawa negara Islam yang mengekalkan institusi beraja dapat memberi perlindungan kepada peningkatan syiar Islam. Peranan yang dimainkan oleh institusi beraja pada masa lalu hingga kini membolehkan agama Islam terus dipelihara dan dianuti oleh anak cucu mereka dalam kedudukan yang baik. Oleh itu, hubungan mesra dan saling hormat-menghormati antara raja dengan rakyat yang sedia terjalin hendaklah terus dipelihara.
.
Institusi beraja hendaklah dipertahankan supaya syiar Islam terus berkembang dan maruah umat Islam turut terpelihara dengan izin Allah SWT.Maksud surah Ali-Imran ayat 26: “Katakanlah (wahai Muhammad), wahai tuhan yang mempunyai pemerintahan, engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang engkau kehendaki.
.
“Dan engkau yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memiliki sesiapa yang engkau kehendaki dan engkaulah yang menghina sesiapa yang engkau kehendaki. “Dalam kekuasaan engkaulah saja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” -Harian metro