Monday, October 5, 2009

Isa impi kembali ke kerusi MB!

Dzulfikar Mashoor Mon
.
TELOK KEMANG, 5 Okt: Belumpun menang sebagai Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mula menyimpan impian untuk kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
.
Isa mendakwa beliau sewaktu menjadi Menteri Besar jauh lebih baik berbanding kepemimpinan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.
Respon balas itu ekoran nasihat Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa pencalonan Isa membuktikan Umno sebenarnya berpura-pura menentang rasuah.
.
Akhbar elektronik The Malaysian Insider melaporkan, Isa mempersoal ? adakah pentadbiran Kelantan jauh lebih baik berbanding pentadbirannya (ketika menjadi Menteri Besar) di Negeri Sembilan.
.
"Kita (kerajaan negeri era Isa) telah memberi prasarana pembangunan terbaik di negeri sembilan," tegasnya lagi.
.
Penegasan Isa itu sekali gus seolah-olah mengetepikan kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada; di bawah kepimpinan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS mendakwa penyokong-penyokong Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa Isa akan menjadi Menteri Besar, jika akar umbi Umno tempatan sedia memenangkan calon taruhan Umno itu.
.
Ahad ini, Isa mesti mengalahkan calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar, sebelum kembali semula ke arus perdana Umno dan kerajaan Negeri kelak.
.
Jun 2005 lalu, Isa digantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri, setelah beliau mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) 2005.
.
Pergantungan itu menyebabkan Isa melepaskan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
.
Pergantungan itu juga menjadikan Mohamad Hassan tidak lagi mempunyai pencabar di peringkat Umno negeri, setelah menduduki kerusi Menteri besar.
.
Niat Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar sudah dijangka menggamit perhatian serta pergelutan kuasa dalam Umno, terutama sepanjang kempen pilihan raya kali ini. -harakahdaily.net
.
Komen Satira Nasional: Sebab tu lah jangan pilih ikut suku, sokong suku, beri suku-sakat je. Berilah sokongan yang penuh untuk calon Pakatan Rakyat. suarakan rasa tidak puas hati anda dalam bentuk undi.

No comments:

Post a Comment