Thursday, October 1, 2009

Apa beza kamu mengundi? Banyak!

.
Pada pilihanraya umum ke-12 [PRU12] tahun lepas, 8,161,039 warga Malaysia telah keluar mengundi. Seramai 4,081,115 memberi sokongan kepada Barisan Nasional manakala 3,786,732 menyokong Pakatan Rakyat. Dalam kiraan mutlak, BN hanya melebih pihak pembangkang sebanyak 294,383 undi.
..
Angka ini kurang pun berbanding dengan penduduk Shah Alam yang jumlahnya 314,440 orang mengikut bancian terdahulu. Namun, angka inilah yang mengembalikan BN ke tampuk kuasa.
.
PRU12 telah ditafsirkan oleh para penganalis sebagai satu titik batasan (watershed) dalam sejarah dan perkembangan politik negara. Para politikus pula menonjolkan keputusan PRU12 sebagai satu tsunami yang melanda scenario politik di Malaysia berasaskan, di antara lain, fakta-fakta berikut:-
.
* Parti-parti komponen Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen
* BN hilang majoriti dua-pertiganya dalam Dewan Rakyat
* Pakatan Rakyat mengambil alih empat buah negeri baru, selain dari Kelantan (rujuk Jadual I). Bacaan lanjut..

No comments:

Post a Comment